Si KeCiL YanG HeBAt! Ceritanya Mendidik Jiwa, Membina Rohani, Memperkasa PeribadI

Saturday 23 July 2011

Hadis sahih Imam Nawawi

      Abu Hurairah  r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda : "Jangan kalian dengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah membeli/menjual barang yang hendak dijual/dibeli oleh orang lain.

      Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya, tidak menelantarkannya, tidak membohongi dan tidak menghinanya.

      Takwa itu ada di sini - seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali -:

                  **#__ Cukuplah seseorang dinilai BURUK jika ia menghina (merendahkan) saudaranya sesama
                                                                                                                               muslim __#**

Setiap muslim atas muslim lainnya DIHARAMKAN darahnya, hartanya dan kehormatannya.

(Hadis Diriwayatkan Oleh Imam Muslim)

Thursday 14 July 2011

Sedapnya Kerang Masak Stim


Pernah makan kerang masak stim?.Rupa-rupanya rasa kerang sangat sedap dan manis apabila dimasak stim berbanding rebus... Mungkin kerana apabila direbus, air kerang dan rasa manisnya akan turun pada air rebusan tersebut. Rasanya juga tidak sama dengan kerang bakar. Letakkan saja dalam bekas seperti ini dan stim dalam periuk pengukus atau alat pengukus elektrik. Taburkan sedikit garam dan campakkan serai yang diketuk separuh hancur. Tidak perlu masukkan air dalam bekas tersebut kerana setelah masak wap air didihan akan berkumpul di dalamnya. Masak selama lebih kurang 15 minit. Setelah masak, apabila kulitnya dibuka isinya kelihatan berair dan segar. Sedapnya dimakan panas-panas cicah sos atau kicap pedas. Fuhh..meleleh air liur!    

Cane yer kulit kerang yang kotor berselut tu bole jadi putih bersih?.Tidak perlu putih, sekurang-kurangnya bersih dan ada selera untuk makan serta tidak pula berbau pasir. Hmm..agaknya ramai mama-mama guna berus besi untuk cuci kulit kerang tu. (hhee..yea kut!). Namun bagi saya tiada rahsia pelik pun. Pakai tangan jer. Masukkan kerang dalam besen, isi sedikit air dan bolak-balikkan sesama ia sampai airnya jadi hitam dan berdaki. Hasilnya kulit kerang jadi bersih kerana kulitnya yang bergerigi bertindak sebagai berus asli.Tetapi perlu berhati-hati kerana tangan akan berasa sakit dan pedih. Jangan pula risau kerana lama kelamaan anda akan terbiasa...
 Selamat mencuba!

Tuesday 12 July 2011

Lawat Bukit Kwong

            Seronok rasanya melawat keluarga emak saudara sebelah suami di Bukit Kwong sambil melihat empangan yang terbentang luas. Ketika berdiri di jalan sepanjang empangan, sayup mata ini memandang di kejauhan. Terasa angin yang bertiup sangat segar dan mendamaikan hati yang sedang terseksa dengan kesibukan kota. Empangan ini siap dibina pada tahun 1964 berfungsi sebagai saliran dan takungan air yang memberi kemudahan kepada penduduk negeri Kelantan amnya. Disamping itu, penduduk sekitar turut mendapat hasil tangkapan ikan air tawar yang pelbagai jenis dan saiz.

            Perjalanan dari bandar Pasir Mas memakan masa selama 30 minit atau lebih kurang 1 jam dari Kota Bharu. Tiba di Pekan Rantau Panjang, perjalanan diteruskan selama 20 minit menyusur jalan kecil untuk tiba di empangan. Keadaan laluan ini agak berbeza daripada dahulu kerana jalan ini tidak bertar dan agak sukar kereta bergerak ketika musim hujan. Terdapat penempatan di sebalik empangan ini yang didiami oleh peneroka yang bermastautin sejak berpuluh tahun.


 

Saturday 2 July 2011

Bersangka Baik

Fikirkan positif tentang semua hal yang terjadi di sekeliling kita. Walaupun berat untuk diterima, letakkan anggapan bahawa semua keinginan kita tidak dapat dipenuhi kerana hanya yang memberi keizinan adalah Yang Maha Kuasa. Setiap orang di sekeliling kita mempunyai masalah dan bebanan termasuk diri kita sendiri. Maka kita tidak seharusnya meletakkan harapan setinggi gunung dan menyalahkan orang yang sangat kita dambakan dapat membantu kita. Itulah 'husnul zhon' iaitu bersangka baik. Satu sikap mulia yang diajar dalam agama yang patut dilekap kemas dalam hati dan fikiran manusia. Semoga hubungan silaturrahim dapat dieratkan dan tiada lagi istilah "masam muka" sesama sendiri ;)