Pernah makan kerang masak stim?.Rupa-rupanya rasa kerang sangat sedap dan manis apabila dimasak stim berbanding rebus... Mungkin kerana apabila direbus, air kerang dan rasa manisnya akan turun pada air rebusan tersebut. Rasanya juga tidak sama dengan kerang bakar. Letakkan saja dalam bekas seperti ini dan stim dalam periuk pengukus atau alat pengukus elektrik. Taburkan sedikit garam dan campakkan serai yang diketuk separuh hancur. Tidak perlu masukkan air dalam bekas tersebut kerana setelah masak wap air didihan akan berkumpul di dalamnya. Masak selama lebih kurang 15 minit. Setelah masak, apabila kulitnya dibuka isinya kelihatan berair dan segar. Sedapnya dimakan panas-panas cicah sos atau kicap pedas. Fuhh..meleleh air liur!
Cane yer kulit kerang yang kotor berselut tu bole jadi putih bersih?.Tidak perlu putih, sekurang-kurangnya bersih dan ada selera untuk makan serta tidak pula berbau pasir. Hmm..agaknya ramai mama-mama guna berus besi untuk cuci kulit kerang tu. (hhee..yea kut!). Namun bagi saya tiada rahsia pelik pun. Pakai tangan jer. Masukkan kerang dalam besen, isi sedikit air dan bolak-balikkan sesama ia sampai airnya jadi hitam dan berdaki. Hasilnya kulit kerang jadi bersih kerana kulitnya yang bergerigi bertindak sebagai berus asli.Tetapi perlu berhati-hati kerana tangan akan berasa sakit dan pedih. Jangan pula risau kerana lama kelamaan anda akan terbiasa...
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment