Si KeCiL YanG HeBAt! Ceritanya Mendidik Jiwa, Membina Rohani, Memperkasa PeribadI

Tuesday, 12 July 2011

Lawat Bukit Kwong

            Seronok rasanya melawat keluarga emak saudara sebelah suami di Bukit Kwong sambil melihat empangan yang terbentang luas. Ketika berdiri di jalan sepanjang empangan, sayup mata ini memandang di kejauhan. Terasa angin yang bertiup sangat segar dan mendamaikan hati yang sedang terseksa dengan kesibukan kota. Empangan ini siap dibina pada tahun 1964 berfungsi sebagai saliran dan takungan air yang memberi kemudahan kepada penduduk negeri Kelantan amnya. Disamping itu, penduduk sekitar turut mendapat hasil tangkapan ikan air tawar yang pelbagai jenis dan saiz.

            Perjalanan dari bandar Pasir Mas memakan masa selama 30 minit atau lebih kurang 1 jam dari Kota Bharu. Tiba di Pekan Rantau Panjang, perjalanan diteruskan selama 20 minit menyusur jalan kecil untuk tiba di empangan. Keadaan laluan ini agak berbeza daripada dahulu kerana jalan ini tidak bertar dan agak sukar kereta bergerak ketika musim hujan. Terdapat penempatan di sebalik empangan ini yang didiami oleh peneroka yang bermastautin sejak berpuluh tahun.


 

No comments:

Post a Comment